HMT415 PSIKOLINGUISTIK
Monday, December 2, 2019
e-portfolio
SITI NORIZZATI BINTI ROSDI
Hai semua, di sini saya ada menulis tentang aktiviti yang dilakukan. Buat anda yangs sedang membaca, semoga hari-hari anda ceria!
Teks ini adalah tentang aktiviti pada minggu lepas. Semoga kita dapat mengisi masa lapang bersama buat pembaca.
Day 1 (25/11/2019)
Pada waktu pagi seperti kebiasaannya untuk permulaan minggu. Saya melihat jadual untuk aktiviti yang perlu diisi. Sebelum itu, saya melakukan aktiviti rutin iaitu berehat dibilik dan melihat jadual kelas. Hanya satu kelas sahaja yang ada iaitu PGT436e jam 3.00 petang sehingga 5.00 petang. Pada waktu malam, saya berada dibilik untuk membuat tugasan yang belum disiapkan
Day 2 (26/11/2019)
Tarikh ini adalah untuk hari Selasa. Waktu ini, jadual saya agak pada kerana adanya pembentangan tutorial. Waktu malam, ada perbincangan dengan ahli kumpulan untuk tugasan.
Day 3 (27/11/2019)
Hari ketiga, saya masih mempunyai kuliah untuk kertas major. Saya melihat jadual peperiksaan untuk melihat tarikh-tarikh peperiksaan. Tiada perkara yang menarik untuk hari ini.
Day 4 (28/11/2019)
Hari keempat pula, saya membuat perbincangan bersama ahli kumpulan untuk tugasan. Waktu ini, kelas tidak begitu padat dan saya boleh berehat sedikit.
Day 5 (29/11/2019)
Pada Hari jumaat, saya tiada kelas. Oleh itu, saya dapat berehat dibilik.
Terima kasih kerana sudi membaca!
Sunday, September 22, 2019
REFLEKSI MINGGU PERTAMA (10-11 SEPTEMBER 2019)
kULIAH MINGGU PERTAMA
Kuliah minggu pertama dilaksanakan pada 10 & 11 September 2019.
Kuliah 1 pada minggu pertama iaitu 10 September dilaksanakan oleh Dr. Rozaida binti Haji Abdul Rauf. Beliau mendedahkan kami mengenai sinopsis kursus dan bahan rujukan yang diperlukan untuk kursus Psikolinguistik berserta tugasan soalan tutorial. Tugasan ini terdiri daripada 8 orang ahli kumpulan dengan memilih satu tajuk yang disetujui oleh semua ahli.
Kemudia, terdapat tugasan lain oleh Dr. Odi iaitu penciptaan lagu menggunakan lirik dan melodi gemuruh atau sessungguhnya. Lagu yang dicipta perlu dikaitkan dengan makanan tradisional. Saya telah memilih ahli kumpulan saya unutk ciptaan lagu ini iaitu Mohd Shahqul Izwan Bin Abdullah dengan lagu Tepung Bungkus lirik Gemuruh.
Kuliah 2 Minggu pertama (11 September 2019)
Dr. Rozaida telah memberikan kuliah tentang Suatu Pengenalan Kepada Psikolinguistik yang merangkumi penyelididkan psikolinguistik, ciri-ciri bahasa yang merangkumi simbolik, psikolinguistik yang berkaitan dengan morfologi, sintaksis dan fonologi.
REFLEKSI KULIAH MINGGU KEDUA (17-18 SEPTEMBER 2019)
Pada minggu kedua, terdapat dua kuliah yang telah dilaksanakan iaitu pada 17 September dan 18 September 2019.
Kuliah pada 17 September 2019 membincangkan mengenai anomali dan penaabiran dalam psikolinguistik bahasa kanak-kanak. Tugasan yang diberikan ialah mencari anomali dan penaabiran dalam bahasa kanak-kanak. Apa yang penulis faham, anomali merupakan satu bentuk gangguan bahasa yang wujud dalam diri kanak-kanak. Misalnya, ayat di bawah:
1) Atik nak boya (Adik hendak bola)
Penaabiran pula adalah makna rujukan yang tidak dinyatakan tetapi sudah difahami. Contohnya:
2) Adik cari beg adik dekat tempat semalam.
Kuliah 18 September 2019 pula adalah permainan Quizlet yang dilaksanakan di dalam dewan kuliah. Permainan Quizlet ini bukan hanya untuk menjawab soalan sahaja tetapi memerlukan pelajar memahami setiap makna konsep bagi sesuatu teori. Dalam permainan Quizlet ini, ramai yang gagal dalam memahami makna. Kesannya, permainan ini mengambil masa yang lama untuk mencari juara dalam permainan ini. Kemudian, diikuti dengan tugasan untuk minggu seterusnya iaitu 5 gaya gambar dan juga temu bual kanak-kanak pada hari konvo. Tugasan ini dilihat menarik kerana, ahli kumpulan dibahagikan mengikut Quizlet.
5 GAYA GAMBAR YANG BERKAIT DENGAN PSIKOLINGUISTIK
Assalammualikum dan salam sejahtera,
Penulisan ini membicarakan tentang
lima jenis gaya gambar yang dikaitkan dengan domain psikolinguistik yang telah
diambil oleh penulis. Terdapat enam jenis domain penyelidikan psikolinguistik yang
dikenalpasti iaitu penghasilan bahasa, pemahaman, pemerolehan
bahasa, gangguan bahasa, bahasa dan pemikiran dan neurokognisi. Oleh itu, entri ini akan membincangkan gaya gambar dan mengaitkan
dengan domain psikolinguistik.
PEMEROLEHAN BAHASA
Pemerolehan bahasa merupakan proses
perkembangan bahasa manusia yang dikaitkan dengan proses bagaimana kanak-kanak
memperoleh perkembangan bahasa bahasa ibunda mereka. Bahasa ibunda
adalah bahasa pertama. Lingkungan persekitaran seperti keluarga dan masyarakat
sekeliling merupakan membolehkan kanak-kanak memperoleh dan menguasai bahasa
dengan lancar dan fasih. Lenneberg berpendapat bahawa, kebolehan bahasa yang
dihasilkan oleh kanak-kanak terhasil daripada kebolehan kognisi umum dan
interaksi manusia dengan persekitaran. Pola perkembangan bahasa pada kanak-kanak
berlaku secara bertahap atau beansur-ansur. Oleh itu, gambar ini mengaitkan
dengan gaya pemerolehan bahasa kana-kanak dalam psikolinguistik.
GANGGUAN BAHASA
Gangguan bahasa ialah gangguan
pertuturan berlaku dan sistem pemprosesan bahasa yang sementara atau kekal. Ganguan
bahasa berlaku pada individu yang memiliki kelainan fungsi otak atau alat
pertuturan. Kesannya, meeka akan mengalami kesukaran dalam berbahasa. Antara
faktor lain yang mempengaruhi gangguan bahasa juga ialah kemampuan kognitif
terbatas, gangguan psikogenetik dan ketidakmampuan individu untuk menginterprestasi
semula maklumat linguistik yang diperoleh. Faktor pesekitaran juga mempengaruhi
gangguan bahasa individu. Olehitu, gaya gambar yang diambil ini boleh dikaitkan
dengan ganguan bahasa.
BAHASA DAN PEMIKIRAN
Bahasa dan pemikiran mempunyai
hubungan yang begitu erat. Bahasa menginterprestasikan bentuk perkara yang ada
dalam pemikiran individu. Pengalaman dan persekitaran yang berbeza mempengaruhi
bahasa seseorang dalam membezakan makna. Gambar di bawah ini dapat dikaitkan
dengan bahasa dan pemikiran.
PEMAHAMAN
Pemahaman bahasa merupakan suatu
kebolehan semula jadi. Clark & Clark (1977) membahagikan pemahaman bahasa
kepada dua jenis iaitu pemahaman terhadap ujaran yang didengari dan tindakan
yang perlu dilakukan apabila mendapat pemahaman. Pemahaman bahasa juga
termasuklah persepsi pertuturan, pengaksesan leksikal, pemprosesan ayat dan
wacana. Pemahaman terhadap ujaran melibatkan suatu proses mental yang berlaku
apabila pendengar mempersepsi bunyi yang didengari dan menginterpretasikan dengan
maknanya. Apabila pendengar memahami ujaran tersebut, pendengar akan menentukan
tindakan sesuai mengikut pemahaman mereka. Oleh itu, gambar ini dapat dikaitkan
dengan domain pemahaman bahasa dalam psikolinguistik.
NEUROKOGNISI
Neurokognisi merupakan
kajian tentang hubungan antara pengetahuan neuron dan psikologi kognitif yang
melibatkan teori-teori pemikiran yang dikaitkan dengan persepsi, memori, fungsi
motor dan pemecahan masalaha. Psikologi kognitif ilmu mengenai bagaimana adalah
individu memperoleh, menginterprestasikan dan menyimpan maklumat. Oleh itu,
gaya gambar di bawah dapat dikaitkan dengan neurokognisi.
Subscribe to:
Comments (Atom)






