Sunday, September 22, 2019
REFLEKSI KULIAH MINGGU KEDUA (17-18 SEPTEMBER 2019)
Pada minggu kedua, terdapat dua kuliah yang telah dilaksanakan iaitu pada 17 September dan 18 September 2019.
Kuliah pada 17 September 2019 membincangkan mengenai anomali dan penaabiran dalam psikolinguistik bahasa kanak-kanak. Tugasan yang diberikan ialah mencari anomali dan penaabiran dalam bahasa kanak-kanak. Apa yang penulis faham, anomali merupakan satu bentuk gangguan bahasa yang wujud dalam diri kanak-kanak. Misalnya, ayat di bawah:
1) Atik nak boya (Adik hendak bola)
Penaabiran pula adalah makna rujukan yang tidak dinyatakan tetapi sudah difahami. Contohnya:
2) Adik cari beg adik dekat tempat semalam.
Kuliah 18 September 2019 pula adalah permainan Quizlet yang dilaksanakan di dalam dewan kuliah. Permainan Quizlet ini bukan hanya untuk menjawab soalan sahaja tetapi memerlukan pelajar memahami setiap makna konsep bagi sesuatu teori. Dalam permainan Quizlet ini, ramai yang gagal dalam memahami makna. Kesannya, permainan ini mengambil masa yang lama untuk mencari juara dalam permainan ini. Kemudian, diikuti dengan tugasan untuk minggu seterusnya iaitu 5 gaya gambar dan juga temu bual kanak-kanak pada hari konvo. Tugasan ini dilihat menarik kerana, ahli kumpulan dibahagikan mengikut Quizlet.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment